Thursday, March 28, 2019

Scha Awal Menang Saman RM345,305



Schawal atau Scha Awal menang saman ke atas syarikat D' Haja iaitu syarikat minyak wangi pas menang kes tuntutan saman sebanyak RM345,305 terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn Bhd yang menjadi pengedar kedua minyak wangi eksklusif mereka iaitu Blue dan Maroon di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mereka lega kerana kemenangan berpihak kepada meraka. Pada usia begini mereka sudah matang untuk menilai dan lebih berhati-hati dengan syarikat yang membuat kolaborasi.

Walaupun serik, perkara ini diambil sebagai pengalaman dan kepada artis lain atau sesiapa yang tertipu dengan kes-kes penipuan sebegini sila lah tampil ke hadapan, kata Scha.

p/s : Jangan biar korang teraniaya dengan perangai sesetengah manusia yang tamak. 


Wednesday, March 27, 2019

Puchong Fuerza Juara Selangor Champion League (SLC2018)



Throwback 2018.

SHAH ALAM: Pasukan Puchong Fuerza menjuarai saingan bola sepak Selangor Champion League (SCL2018) selepas menewaskan KRU Port Klang FC 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam...

Puchong Fuerza memenangi kejohanan itu menerusi jaringan Muhammad Afiq Azmi pada minit ke-48 dan 65 selain gol Mohammad Hakim Zainal pada minit ke-58.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang juga Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY) berkenan menyaksikan perlawanan berkenaan.


Baginda turut berkenan menyampaikan trofi kejohanan serta hadiah wang tunai kepada kedua-dua pasukan.


Puchong Fuerza membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM14,000 manakala KRU Port Klang FC pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.

Menerusi kemenangan itu, Puchong Fuerza akan bertanding dalam Piala FA.

Selain itu, juara juga akan mendapat tajaan pakaian daripada Kaki Jersi sepanjang kempen Piala FA berlangsung.

SCL julung kalinya dianjurkan pada 2016 bertujuan menaikkan standard bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak di peringkat komuniti.

Liga ini diadakan bagi memperkasakan arena bola sepak komuniti menerusi pembangunan amatur, sosial dan media dalam industri ini.

Terdahulu, perlawanan persahabatan antara Dugong All Stars yang menampilkan selebriti tempatan menentang Selangor Selection diwakili pemain dan bekas pemain pasukan Selangor menyaksikan Selangor Selection menang 5-0.

Tuesday, March 26, 2019

Rahimi mangsa tembakan di Christchurch bertindakbalas positif

Rahimi mula memberi tindak balas positif apabila tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.

Rahimi adalah mangsa tembakan di Christchurh, New Zealand dan doktor telah mengeluarkan 2 butir peluru dari hasil pembedahan.

Beliau dijaga rapi oleh pihak hospital New Zealand.


Selain Rahimi, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan itu ialah Mohd Tarmizi Shuib, 42, dari Alor Setar, Kedah dan Mohd Nazri Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor.

Ketiga-tiga mereka kini menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand.

Selain itu, Allahyarham Mohd Haziq, 17, anak kedua Mohd Tarmizi terkorban dalam serangan di Masjid Al Noor.

Insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain termasuk tiga rakyat Malaysia, jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan) pada 16 Mac lalu.

SUMBER : HMETRO

Fakta Mengenai Mohamed Salah

Mungkin ramai yang taktau fakta mengenai Mohamed Salah, pemain hebat dari Mesir... 


 Mohamed Salah membaca Al Quran


Berkahwin pada 2013


Fakta Pemain Liverpool Mohamed Salah

Nama Penuh: Mohamed Salah Ghaly
Tarikh Lahir: 15 Jun 1992
Tempat Lahir: Nagrig, Gharbia, Egypt
Ketinggian: 1.75 m (5 ft 9 in)
Posisi: Forward

Sejarah Kelab Bolasepak Mohamed Salah
2010–2012 El Mokawloon
2012–2014 Basel
2014–2016 Chelsea
2015-2015 → Fiorentina (loan)
2015–2016 → Roma (loan)
2016–2017 Roma
2017– now Liverpool


Pemain Liverpool Mohamed Salah Dipeluk




Mohamed Salah dipeluk wanita cantik tular di laman sosial...

"Anakku Salah, jangan buat lagi..."

Teguran orang melahirkannya itu hadir selepas dia terlihat foto anaknya itu memeluk peminat wanita tular di media sosial.

Salah yang kini bergelar suami, mendirikan rumahtangga dengan buah hatinya sejak zaman remaja, Magi pada 2013.


Sebaik ternampak foto itu, ibunya serta-merta mengirimkan mesej kepada anaknya: "Jika saya nampak bapa awak buat seperti itu, saya akan minta cerai."


Salah pula berkongsi perbualan dengan ibunya itu di Instagram malah meletakkan emoji ketawa - menunjukkan tiada sebarang rasa kecil hati antara mereka berdua.







Monday, March 25, 2019

P30 bakal lancar petang ini!


Cantik wehhh...


SYARIKAT pengeluar telefon pintar gergasi, Huawei mengumumkan pengguna di negara ini mungkin akan mendapatkan peranti terbaru keluarannya iaitu P30 pada tarikh yang sama dengan Singapura iaitu 6 April depan.

Syarikat yang berpangkalan di China itu akan melancarkan telefon pintar mercu iaitu siri P30 petang ini di Paris, Perancis selepas kejayaan generasi terdahulu iaitu P20 Pro sehingga diiktiraf sebagai telefon pintar terbaik tahun lalu.


Huawei juga menyatakan bahawa pengguna terawal membeli peranti itu akan menerima barangan eksklusif. Wowww, jom serbu!


Syarikat itu sudah mengesahkan satu daripada barangan eksklusif berkenaan adalah Huawei Backup yang mengandungi kapasiti storan 1TB cakera keras mudah alih.

Pelbagai barangan eksklusif akan menanti pembeli terawal dan Huawei akan mengumumkan barsngan berkenaan dan lokasi promosi dalam tempoh terdekat.

Huawei Backup berkenaan adalah jalan penyelesaian kepada pengguna untuk menyimpan apa jua fail dan gambar yang diambil menerusi persnti berkenaan.

P30 itu akan dilengkapi dengan teknologi pengecas cepat supaya memudahkan pengguna tanpa perlu menunggu masa pengecasan yang lama dan pengguna tidak perlu untuk memasang aplikasi berasingan untuk teknologi itu.

Syarikat itu berjanji untuk menambah lokasi promosi ketika pelancaran P30 di negara ini selepas melihat sambutan menggalakkan daripada beberapa siri sebelum ini.

Pengguna di Malaysia boleh mengikuti siaran secara langsung pelancaran global Huawei P30 menerusi YouTube Huawei Mobile.






biru menarik sangat...
p30 mungkin jadi milikku

GELOMBANG HABA



Lokasi Hotspot Mati Lemas 2016-2018



Apa Itu Penyakit Tibi



Air Di Selangor Cukup Semasa Musim Kemarau





SHAH ALAM: Bekalan air di semua empangan dan kolam takungan di Selangor mencukupi untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga bulan depan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bekalan air itu masih pada kadar 80 peratus dan dijangka cukup menampung permintaan selama tiga bulan.

“Seperti diumumkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (Dr Xavier Jayakumar), negeri ini tidak berdepan risiko catuan seperti beberapa negeri lain.

“Secara keseluruhannya, takungan di semua tujuh empangan negeri dalam keadaan baik dan mampu menampung keperluan Loji Pembersihan Air (LPA) dan permintaan semasa 4,800 juta liter sehari (JLH).


“Pelaksanaan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) dan Off-River Storage (ORS) juga membantu mengekalkan kapasiti air diperlukan jika berlaku kemarau panjang dalam tempoh sebulan dua ini,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

p/s : Jimat air... Walaupun air mencukupi di Selangor tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pembaziran air... Tiada air, manusia akan mati. 



Friday, March 22, 2019

1,000 solat jenazah ghaib buat Haziq





KIRA-KIRA 1,000 jemaah Masjid Batu 9, Buluh Lima, Kota Sarang Semut, Alor Setar menunaikan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat, hari ini.

Solat itu untuk mendoakan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan rambang di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.


Solat diimamkan Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Fisol Omar yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Luar Bandar dan Agama Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seramai 50 jemaah terkorban terkena tembakan rambang dilakukan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika hendak menunaikan solat Jumaat.

Selain itu, tiga rakyat Malaysia termasuk bapa Mohd Haziq, Mohd Tarmizi Shuib, 42, Rahimi Ahmad, 39, dan Mohd Nazril Hisham Omar, 49, cedera akibat terkena tembakan itu dan keadaan mereka dilaporkan semakin pulih.

Wednesday, March 20, 2019

Macam Mana Ular Sawa Naik Ke Tingkat 14?


Pelik tapi benar.

TIDUR lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di Tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.
Dia yang bekerja di sebuah kedai makan nekad bangun dan membuka lampu bilik sebelum ternampak seekor ular sawa melingkar di atas katilnya.


“Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia seekor ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah,” katanya.
Sementara itu, Nor Elida berkata, dia yang sedang tidur terjaga apabila anak saudaranya menjerit memanggil namanya sambil memaklumkan ada ular di dalam biliknya.
“Saya pergi ke biliknya dan nampak reptilia itu di atas katil lalu menghubungi bomba untuk bantuan sebelum kami duduk di luar rumah sementara menunggu kedatangan bomba.
“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat tinggi.
“Memang terkejut sangat, namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun itu.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.58 pagi sebelum empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kami menangkapnya pada 5.20 pagi.

“Kami tangkap dan bawa ke balai. Ia akan dilepaskan ke kawasan hutan jauh daripada kawasan penempatan penduduk.
p/s : Kemungkinan ular ini milik orang yang membela secara haram atah sah... Atau ular itu masuk ke dalam beg dan mengikut sampai ke tingkat 14...  

Bayaran Khas Pesara




Tuesday, March 19, 2019

Tuduhan Yang Tidak Masuk Akal


“TUDUHAN itu tidak masuk akal," kata pengacara popular, Neelofa Mohd Noor menafikan dakwaan umum yang mengatakan dirinya menjadi pencetus kemelut rumah tangga kakaknya Noor Nabila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Neelofa yang juga seorang pelakon dan usahawan terpalit dengan spekulasi berkenaan apabila meninggalkan komen di Instagram kakaknya seolah-olah membalas kenyataan Sharnaaz.

"Saya sayang kakak dan anak saudara. Saya harap orang ramai terutama rakan dan keluarga memberikan sokongan dalam apa jua situasi yang mereka hadapi sekarang.

“Orang luar tidak tahu apa yang mereka lalui," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Enggan mengulas lebih lanjut, Neelofa meminta supaya masyarakat mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

Desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mulai diperkatakan apabila aktor terbabit beberapa kali berkongsi status di laman sosial, seakan-akan membayangkan situasi dilaluinya sekarang.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia lapan bulan, Jebat Jayden.


Cadar dan Bantal Bantu Tidur Lena




TEKSTUR tilam dan bantal yang empuk tidak mencukupi sekiranya anda ingin menikmati tidur selesa, sebaliknya penggunaan cadar memberi efek lembut pada permukaan kulit individu.

Bagi mereka yang mementingkan keselesaan dan gaya termasuk di kamar tidur, berikut antara panduan yang mungkin dapat membantu dalam pemilihan cadar terbaik.

1. Ukuran katil


Sebelum membeli cadar, pastinya saiz dan ukuran katil perlu diambil bagi memastikan cadar yang bakal dibeli bersesuaian. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ukuran katil ini diambil kira dari kepala hingga kaki katil, kiri dan kanan serta ketebalan tilam yang digunakan.



2. Jenis fabrik

Kain kapas dan linen antara jenis material terbaik bagi cadar kerana ia mempunyai fiber yang senang bernafas serta mudah menyerap peluh, sekali gus bersesuaian dengan keadaan iklim negara kita yang panas. Antara pilihan lain, poliester, sutera atau fabrik jenis campuran.



3. Tenunan dan kiraan benang

Fabrik yang ditenun menggunakan jumlah benang mendatar dan menegak yang sama menghasilkan cadar lebih tahan lama. Kiraan benang selalunya tertera pada label menunjukkan bilangan benang yang digunakan bagi setiap inci persegi di bahagian atas dan belakang sulaman cadar. Semakin banyak kuantiti benang digunakan, semakin lembut cadar berkenaan.



4. Proses warna

Kebanyakan cadar yang diwarnakan atau dicelup selepas ia ditenun memiliki kualiti rendah dan sedikit keras. Manakala, cadar berkualiti tinggi pula melalui proses celup sebelum ia ditenun.

5. Warna

Disarankan memilih warna yang tenang untuk memberi suntikan santai ketika beristirahat, namun ia bergantung pada cita rasa individu.

Perang Isytihar Untuk Selamatkan Harimau Malaya


Mungkin anak cucu Malaysia atau generasi akan datang tidak kenal harimau Malaya yang kita agung-agungkan sekarang... Jika rakyat sendiri tak menyokong untuk melindungi haiwan ini...



Monday, March 18, 2019

Saya Takkan Sebut Lagi Nama Pengganas Itu, PM NZ



CHRISTCHURCH
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berikrar untuk tidak lagi menyebut nama pengganas yang menyerang dua masjid di Christchurch ketika menyempurnakan pembukaan sesi parlimen dengan ucapan ‘Assalamualaikum’, hari ini.

“Dia akan dikenakan mengikut undang-undang sepenuhnya di New Zealand. Dia melakukan banyak perkara daripada tindakan ganasnya, yang menyebabkan dia terkenal.

“Sebab itu, anda tidak akan mendengar saya menyebut namanya. Dia adalah pengganas. Dia adalah penjenayah. Dia adalah seorang pelampau. Apabila saya bercakap, namanya tidak akan disebut.


“Saya merayu kepada anda: Sebutlah semua nama mereka yang sudah mati dan bukan nama orang yang mengambil nyawa mereka,” katanya kepada sidang parlimen mengenai warga Australia berusia 28 tahun yang didakwa atas tuduhan membunuh itu.


Dengan berpakaian serba hitam, perdana menteri berusia 38 tahun itu menyampaikan ucapan simbolik kepada dunia Islam.

“Wa alaikum salaam wa rahmatullahi wa barakatuh,” katanya.

p/s : Muda eh Perdana Menteri New Zealand... Umur 38 tahun... Salute to her... 

Rasa Original Asam Pedas Muar




Rasa Original Asam Pedas Muar, Johor kini berada di Puchong... Korang boleh nikmatinya tanpa bersusah payah nak balik ke Johor... Boleh booking meja... Di bawah atau atas.. Tingkat 2...

Nama Gerai : Asam Pedas Muar (Puchong)
Lokasi : Bukit Puchong
Tempahan : Rizal (011-2708 6205)

Kriteria Calon Isteri adalah Peneman Mengembara



p/s : wowww.... kriteria calon isteri hanya teman dia travel sahaja... besttttt ni... baca selanjutnya....


Antara ciri wanita yang dicari-cari untuk dijadikan calon isteri biasanya perlu beriman dan bijak tanpa mengetepikan soal rupa parasnya. Bagaimanapun, bagi lelaki ini, ciri utama yang turut dicari adalah mesti boleh mengembara bersamanya.

Mengembara bukan sekadar menaiki kenderaan biasa tetapi mengelilingi dunia menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama. Ternyata, ciri wanita idamannya dimakbulkan pada Disember 2014, pemilik nama Ahmad Mohd Isa disatukan dengan Noradilah Mohd Sapie.

Merentasi 14 negara bermula dari Malaysia pada April 2016 dan berakhir Julai 2017, memberikan pengalaman manis kepada Ahmad dan Noradilah kerana pengembaraan itu yang dinamakan sebagai Kembara Memburu Hikmah tersimpan 1,001 kisah manis dan pahit bagi mereka yang ketika itu baru dua tahun mendirikan mahligai perkahwinan.


Ahmad aktif mengembara secara solo sejak mula bekerja dan pernah meminta izin daripada keluarga untuk berkelana ke seluruh dunia seorang diri. Namun, tidak mendapat restu keluarga.

Katanya, dalam diam dia terus mengembara meskipun pada awalnya tidak mendapat restu dan akhirnya diketahui keluarga yang meletakkan syarat sekiranya ingin terus mengembara ke seluruh dunia, dia perlu berkahwin.

“Sebelum ini, saya hanya mengembara seorang diri. Apabila ada isteri, persediaan perlu lebih menyeluruh dan perkara ini menjadikan saya dan isteri belajar erti kesabaran dan menghormati antara satu sama lain.

“Sememangnya sebelum ini, saya mempunyai sikap panas baran dan dengan adanya isteri ketika mengembara, saya banyak belajar untuk mengawal emosi dan perlakuan yang lebih baik,” katanya.



Pada April 2016, Ahmad dan Noradilah berlepas dari Masjid Negara, Kuala Lumpur mengembara menggunakan basikal menuju ke Arab Saudi. Merentasi 14 negara antaranya Thailand, Myanmar, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Iran dan Afghanistan.

“Walaupun pengembaraan sudah berakhir, ia bukan menjadi titik noktah kepada kami untuk mengembara. Jika ada kelapangan masa, kami pasti menjelajah di dalam negara.

“Aktiviti mengembara berbasikal bersama isteri sememangnya memberi banyak kesan, baik kepada kami berdua terutama lebih memahami antara satu sama lain. Boleh dikatakan cara kami berbulan madu adalah dengan mengembara menggunakan basikal,” katanya.



kredit : hmetro

Langkah Bijak Mengurangkan Pengambilan Gula


Pencemaran Pasir Gudang: 9 suspek ditahan



JOHOR BAHRU: Polis menahan sembilan lelaki dipercayai terbabit dalam perbuatan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek itu ditahan dalam operasi khas semalam.

“Dua suspek ditahan di Johor manakala tujuh lagi ditahan di luar negeri ini. Operasi memburu suspek lain masih diteruskan. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak maklumat kerana akan mengganggu siasatan dan operasi polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.


Mohamad Fuzi berkata, semua suspek terbabit kini direman enam hari sehingga Sabtu ini.


Semalam, Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, pihaknya sudah ada petunjuk bagi memberkas suspek utama terbabit dengan pencemaran Sungai Kim Kim di sini dan operasi memburu mereka giat dijalankan.

p/s : Semoga urusan polis dapat menangkap pihak yang terbabit dalam pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Sunday, March 17, 2019

450 tan metrik sisa kimia Sungai Kim Kim dilupus






Pasir Gudang
Sebanyak 150 tan metrik air sungai dan 300 tan metrik tanah bercampur sisa kimia dari Sungai Kim Kim akan dilupuskan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata kesemua sisa kimia bertoksik itu akan dihantar ke kilang pelupusan berlesen.

“Sejumlah 450 tan metrik lagi sisa kimia iaitu 150 tan metrik air sungai dan 300 metrik tan tanah akan dilupuskan.

“Ia akan dibakar dengan kepanasan suhu tinggi antara 800 hingga 1,200 darjah selsius sebelum dihantar ke Bukit Pelanduk, Seremban bagi dilupuskan.

“Kita juga akan membuat pos kawalan tetap di Sungai Kim Kim yang dipantau dua anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 20 Mac ini bagi mengelakkan pencemaran kimia di situ, ” katanya.

p/s : Dikhabarkan sekolah akan ditutup sehingga Sabtu ini... Semoga mangsa-mangsa gas beracun ini kembali pulih seperti sediakala...

Sumber : Bharian 17 Mac 2019

Pengganas Christchurch Dipengaruhi Permainan Video


p/s : Sekarang banyak video games contoh PUBG, Army Force dan macam-macam lagi permainan di aplikasi mobil dan PC games yang boleh didapati sekarang. Gila betul sehingga taksub dan sanggup membunuh di alam realiti...


KUALA LUMPUR : Pakar psikologi berpendapat suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di Christchurch berkemungkinan terpengaruh dengan permainan video.

Menurut Pakar Psikologi Pendidikan dan Personaliti Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Shahabuddin Hashim, mental mereka mungkin dipengaruhi oleh permainan video sehingga terbawa ke alam realiti.

“Mereka mungkin dipengaruhi oleh faktor mental dek permainan video misalnya. Ini kerana, permainan video ada impaknya sendiri yang boleh membawa kepada kemusnahan.

“Tidak boleh dinafikan kumpulan pengganas ini mungkin terpengaruh dengan permainan video sehingga mereka membawanya ke alam realiti,” ujarnya.

Sumber : kosmo


Serangan Pengganas Christchurch




WELLINGTON: Polis percaya pengganas kulit putih, Brenton Tarrant merancang serangan ketiga di Masjid Ashburton.

Namun, rancangan lelaki warga Australia itu terbantut apabila ditahan polis sejurus meninggalkan lokasi serangan kedua di Masjid Linwood.

Siasatan mendapati, jika Tarrant sampai ke lokasi ketiga, maka titik pertemuan ketiga-tiga masjid tersebut membentuk corak segitiga.

Namun, polis tidak menolak kemungkinan Tarrant melepaskan tembakan di beberapa lokasi tumpuan penduduk Islam di sekitar Christchurch antaranya dua premis menjual makanan halal.

Malah, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak An Nur yang terletak tidak jauh dari Masjid Ashburton, mungkin menjadi sasaran lelaki itu.





Jaran Goyang (Lirik)


Layan duluan lagu ni...

Laporan Pencemaran Sisa Kimia, Pasir Gudang


Laporan sehingga hari ini, 17/3/2019

Kronologi Detik Ditembak di Christchurch, New Zealand


Friday, March 15, 2019

Suami Selalu Solat Jumaat di Masjid Itu

foto : keluarga Nor Aida

“SEPATUTNYA suami berada di Masjid Al Noor untuk Solat Jumaat hari ini tetapi disebabkan kekangan kerja, dia terpaksa menunaikan solat di pejabat sahaja.

“Mujur, kejadian tembakan berlaku ketika suami tiada kerana kebiasaannya, dia akan berada awal di masjid itu sementara menunggu masuk waktu solat," kata rakyat Malaysia yang menetap di Christchurch, New Zealand, Nor Aida Baharudin, 48.

Menurut Nor Aida, ketika kejadian dia sedang berniaga trak makanan di pusat bandar sebelum menerima panggilan daripada suami, Japi Zin Sulaiman, 52 dan empat anaknya.

Ekoran itu, mereka memintanya mengemaskan barang-barang dan kembali ke rumah dengan segera kerana serangan berkenaan.

Nor Aida sangat terkejut dan tidak percaya serangan itu boleh berlaku kerana rakyat New Zealand sememangnya terkenal dengan sikap ramah dan mereka juga melayan pelancong dengan baik.

"Selama lebih 18 tahun berhijrah ke sini, ini kejadian paling buruk pernah kami lalui.

"Kejadian itu dianggap yang terburuk dalam sejarah New Zealand dan ia turut diakui oleh Perdana Menteri, Jacinda Arden," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pengusaha agensi pelancongan itu berkata, buat masa sekarang suami dan anak perempuannya masih berada di pejabat serta universiti kerana pihak berkuasa tidak membenarkan mereka pulang sehingga keadaan selamat.

Katanya, Masjid Al Noor terletak di kawasan Riccarton iaitu kira-kira 12 kilometer dari kediamannya.

"Masjid itu adalah yang terbesar di Christchurch dan menjadi tumpuan umat Islam di sini untuk menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu lain.

"Ia juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang berada di sini ," katanya menambah terdapat kira-kira 300 rakyat Malaysia yang berada di Christchurch termasuk pelajar.

Menurut Nor Aida lagi, ketika ini semua premis pentadbiran dan sekolah diarahkan ditutup sementara keadaan di sahkan selamat.

Selain itu, penduduk Christchurch juga diarahkan untuk berada di rumah masing-masing dan mereka mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan televisyen.

"Ramai anggota keselamatan berada di jalanan untuk mengawal keadaan dan penduduk tidak dibenarkan keluar rumah.

"Apapun, saya dan suami masing-masing saling berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini kerana mereka turut risau dengan apa yang berlaku.

"Keadaan ketika ini masih terkawal dan berharap rakyat Malaysia turut mendoakan keselamatan kami semua yang berada di sini," katanya.

Sementara itu, dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di dua masjid di bandar raya itu pada 1.45 tengah hari Jumaat (waktu tempatan).

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan.

Tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah mangsa yang terbunuh dikeluarkan kerajaan New Zealand, namun difahamkan seorang rakyat Malaysia turut terkena tembakan rambang itu.

p/s : Min sendiri tengok vidoe LIVE pengganas tersebut yang menembak bertalu-talu ke dalam masjid... Semoga keadaan di sana akan kembali reda dan pengganas tersebut dihukum setimpalnya.

sumber :hmetro

Wajah Pengganas







memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan tembakan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbunuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Thursday, March 14, 2019

Heliza Helmi Nyaris Dibom di Syria




Fonemena Tecoma Tree


Fenomena bunga Tecoma atau nama saintifik 'Tabebuia pentaphylla' yang mekar indah dengan warna pink dan putih kini kembali di sekitar Daerah Yan, Kedah.






Fenomena ini turut menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung, bergambar dan mengabdikan kenangan bersama rakan dan keluarga berlatarbelakangkan bunga Tecoma.

Sungai Kim Kim Tidak Selamat




Malam tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang ini. Harus pantas.

Seriuslah kes ini. Pencemaran kimia yang melibatkan gas Cyanide bukan biasa biasa boss!

Dahulu ketika Perang Dunia I, gas Cyanide digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918.

Kemudian pada Perang Dunia II, pihak Nazi Jerman gunakan gas ini untuk buat pembunuhan manusia beramai ramai (genocide) yang dipanggil Final Solution.

Para pegawai atasan dan pengintip mereka pun dibekalkan dengan tiub kaca berbentuk pil mengandungi cecair Cyanide yang mesti digunakan bila mereka ditawan oleh pihak musuh.

Masukkan dalam mulut dan gigit untuk patahkan tiub  kaca itu. Mati terus serta merta. Terkilan pihak Tentera Berikat (baca: musuh) nak korek rahsia daripada mereka. Haa macam itulah.

Bagi aku yang pernah study Kejuruteraan Kimia dulu, perkataan "Acrylonitrile" bukanlah pertama kali aku dengar. Projek final year kami pun ada yang buat plant (kilang) bahan kimia ini.

Sisa buangan daripada penghasilan Acrylonitrile inilah datangnya si Cyanide tu.

Kalau hangpa nak tahu inilah komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Gila betul kan siapa yang buang ini?

Nak bagitau sifat gas Cyanide ini pula, ia akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan.

Tambahan pula ia lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar.

Kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang weihhh.

Ia boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer).

Sahabat warga Pasir Gudang,

Aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat. Buat sementara waktu sahaja.

Ini bukanlah kes biasa seperti banjir kerana ia adalah melibatkan udara yang pasti kita sedut untuk bernafas dan kita tak nampak dan bau gas ini.

Senang nak bagi faham macam ini:

Kalian anggaplah macam sebiji bom nuklear dah meletup kat Pasir Gudang, dah tu nak tunggu apa lagi?

Semoga Allah lindungi kita semua dari bencana ini.

Sebarkan agar semua ambil tindakan segera demi keselamatan bersama.

Zulkhairie Khodir,
Warga cakna dan #prayforpasirgudang.

Wednesday, March 13, 2019

Instagram dan Facebook 'down' Seluruh Dunia



KUALA LUMPUR - Jutaan pengguna laman media sosial Instagram dan Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing sejak awal pagi tadi.


Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lalu ialah gangguan teknikal sehingga para pengguna tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.


Menurut Facebook menerusi laman media sosial Twitter, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang telah menyebabkan jutaan penggunanya gagal mengakses masuk ke akaun mereka.

"Kami mengesahkan gangguan yang dialami tiada kaitan dengan serangan DDos," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Sementara itu, Instagram di akaun Twitternya pula berkata, masalah tersebut sangat mengecewakan dan pihaknya sedang berusaha untuk memperbaiki gangguan tersebut secepat mungkin.

Gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com hari ini, laporan tertinggi dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Dalam pada itu, aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas pagi ini ekoran pengguna mengalami masalah untuk menghantar foto dan video.


Pondan Bogel Di Tengah Ibu Kota



Seorang mak nyah warga asing menggemparkan pengguna jalan raya di Jalan Imbi semalam apabila berbogel dan menari-nari di sini.

Kejadian berlaku pada jam 11.15 semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh orang awam sebelum sebuah kereta peronda polis dikejarkan ke lokasi.

Mak nyah tersebut dikatakan tidak siuman dan dibawa oleh peronda polis ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Jelas Rudy, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan susulan kejadian terbabit dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam.

"Bagaimanapun satu laporan polis akan dibuat berhubung tindakan individu berkenaan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai,' katanya.



Transformasi Jalan Tar sebagai kawasan Pejalan Kaki



Penutupan Jalan TAR dalam tempoh percubaan bermula 1-30 April 2019.
Dari Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu.

Semua kenderaan persendirian tidak dibenarkan melalui kawasan terlibat pada waktu yang ditetapkan.










Pedofilia - Kecelaruan Seksual





34 Sekolah Diarah Tutup Susulan Gas Beracun



SEKOLAH yang terletak dalam lingkungan jarak tiga kilometer dari Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor diarahkan tutup serta merta.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, keputusan itu dibuat memandangkan keadaan di kawasan berkenaan yang masih kritikal dan membahayakan murid, guru dan kakitangan sekolah.


Menurutnya, sehingga hari ini, sebanyak 34 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta merta dan tiada sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan sehingga disahkan selamat.
Senarai sekolah diarahkan tutup setakat 13 Mac 2019

1. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih

3. Sekolah Kebangsaan Pasir Putih

4. Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort

6. Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2

7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 2

8. Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3

9. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai

10. Sekolah Kebangsaan Kota Masai

11. Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh

12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih*

13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih*

14. Sekolah Kebangsaan Scientex

15. Sekolah Kebangsaan Taman Mawar

16. Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai

17. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 1

18. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Cendana

19. Sekolah Seni Malaysia

20. Sekolah Menengah Scientex

21. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia

22. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Gudang 4

23. Sekolah Kebangsaan Nusa Damai

24. Sekolah Kebangsaan Kopok

25. Sekolah Kebangsaan Cahaya Masai

26. Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

27. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2

28. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3

29. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2

30. Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Timur

31. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3

32. Sekolah Kebangsaan Masai

33. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang

34. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 4

Pelajar Sanggup Bunuh Diri Kerana Cinta




Suasana gamat apabila seorang pelajar di sekolah menengah di Banting cuba untuk membunuh diri apabila cintanya ditolak.

Dalam kejadian 1.30 petang itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan telefon daripada pengurusan sekolah berkenaan.


“Selepas dipujuk hampir 30 minit, pelajar Tingkatan Satu itu berjaya diselamatkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

“Mangsa hanya cedera ringan di lengannya ketika proses menyelamat dan dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Banting.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pelajar itu mengaku melakukannya kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan lain yang sebaya dengannya.

p/s : Alahai adik, spender pun mak kau belikan lagi... Ada hati nak bercinta bagai... 

Monday, March 11, 2019

Berhati-hati dengan Haiwan Berbisa Di Musim Kemarau

Musim kemarau ini banyak haiwan berbisa akan keluar dari sarang kerana cuaca atau habitatnya yang panas... Antara haiwan yang berbisa dan sering dilihat di sekitar rumah ialah ular, lipan dan kala jengking. Jadi, sila berhati-hati di rumah jika rumah anda berdekatan dengan semak atau belukar. Disarankan untuk membersihkan kawasan perumahan dan sekeliling anda.

Tanam Bekas Kekasih Dalam Dinding



Akibat marah punya pasal, bekas kekasih mencuri barang kemas miliknya, wanita berusia 64 tahun mengupah empat mafia dari Sicily untuk membunuh lelaki itu dan samseng terbabit menanamnya hidup-hidup dalam dinding sebuah vila di Senago, Monza.

Menurut polis, mangsa adalah rakyat Albania dikenali sebagai Lamaj Astrid, 41, yang hilang pada 2013.

Mayatnya hanya ditemui Januari lalu iaitu 6 tahun selepas kejadian dan menurut polis, mayat itu ditemui ketika villa berkenaan diubahsuai namun polis hanya mengumumkannya Jumaat lalu.


Menurut polis, Astrid dikenal pasti berdasarkan pakaiannya ketika ditanam dalam tembok berkenaan ketika masih hidup.


Siasatan mendapati wanita terbabit mahu membalas dendam terhadap lelaki itu kerana kecewa ditinggalkan lelaki itu yang turut mencuri barang kemasnya.

Guardian melaporkan, menurut akhbar La Repubblica, keempat-empat suspek ditahan polis di Sicily manakala wanita berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Genoa ketika cuba meninggalkan Itali selepas mengetahui mayat mangsa ditemui.


Saturday, March 9, 2019

Jangan Ingat Orang Berniaga Ni Cop Duit


Gambar hiasan


JANGAN COP ORANG BERNIAGA NI BANYAK DUIT

Jangan lah bila nampak seseorang tu berniaga,sudah  terus set di otak set di minda........ haa mesti dia ni baaaaaanyak duit ni.

Mau tahu satu perkara ? 😔
✅ berniaga ini bukan senang, modal mau keluar, tenaga mau keluar 😪 masa mau bahagi2.

✅ Lepas itu mau dapat keuntungan bukan sekelip mata macam gores & menang. 😂

✅ Jangan cuma mengira kesenangan peniaga tetapi tidak tahu dan tidak memahami kesusahan peniaga untuk mendapatkan hasil.

✅ Hari2 rajin post....hari2 rajin promote, berbuih2 mulut, memerah otak berpikir, kalau online sekejap2 cek handphone sekejap2 pegang handphone.

✅ Jadi kalau diri bukan seorang peniaga, fahamilah bahawa keuntungan seorang peniaga untuk mendapatkan hasil yang banyak bukan semudah yang disangka..... huhuhu

Mereka lah bos mereka lah kuli.😄😄
Membanting tulang 4 kerat sendiri demi rezeki yang halal...

#copypaste

Follow Me On Twitter

Total Pageviews