Wednesday, March 27, 2019

Puchong Fuerza Juara Selangor Champion League (SLC2018)



Throwback 2018.

SHAH ALAM: Pasukan Puchong Fuerza menjuarai saingan bola sepak Selangor Champion League (SCL2018) selepas menewaskan KRU Port Klang FC 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam...

Puchong Fuerza memenangi kejohanan itu menerusi jaringan Muhammad Afiq Azmi pada minit ke-48 dan 65 selain gol Mohammad Hakim Zainal pada minit ke-58.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang juga Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY) berkenan menyaksikan perlawanan berkenaan.


Baginda turut berkenan menyampaikan trofi kejohanan serta hadiah wang tunai kepada kedua-dua pasukan.


Puchong Fuerza membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM14,000 manakala KRU Port Klang FC pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.

Menerusi kemenangan itu, Puchong Fuerza akan bertanding dalam Piala FA.

Selain itu, juara juga akan mendapat tajaan pakaian daripada Kaki Jersi sepanjang kempen Piala FA berlangsung.

SCL julung kalinya dianjurkan pada 2016 bertujuan menaikkan standard bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak di peringkat komuniti.

Liga ini diadakan bagi memperkasakan arena bola sepak komuniti menerusi pembangunan amatur, sosial dan media dalam industri ini.

Terdahulu, perlawanan persahabatan antara Dugong All Stars yang menampilkan selebriti tempatan menentang Selangor Selection diwakili pemain dan bekas pemain pasukan Selangor menyaksikan Selangor Selection menang 5-0.

1 comment:

Follow Me On Twitter

Total Pageviews