Wednesday, March 20, 2019

Macam Mana Ular Sawa Naik Ke Tingkat 14?


Pelik tapi benar.

TIDUR lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di Tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.
Dia yang bekerja di sebuah kedai makan nekad bangun dan membuka lampu bilik sebelum ternampak seekor ular sawa melingkar di atas katilnya.


“Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia seekor ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah,” katanya.
Sementara itu, Nor Elida berkata, dia yang sedang tidur terjaga apabila anak saudaranya menjerit memanggil namanya sambil memaklumkan ada ular di dalam biliknya.
“Saya pergi ke biliknya dan nampak reptilia itu di atas katil lalu menghubungi bomba untuk bantuan sebelum kami duduk di luar rumah sementara menunggu kedatangan bomba.
“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat tinggi.
“Memang terkejut sangat, namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun itu.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.58 pagi sebelum empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kami menangkapnya pada 5.20 pagi.

“Kami tangkap dan bawa ke balai. Ia akan dilepaskan ke kawasan hutan jauh daripada kawasan penempatan penduduk.
p/s : Kemungkinan ular ini milik orang yang membela secara haram atah sah... Atau ular itu masuk ke dalam beg dan mengikut sampai ke tingkat 14...  

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews