Monday, March 11, 2019

Tanam Bekas Kekasih Dalam Dinding



Akibat marah punya pasal, bekas kekasih mencuri barang kemas miliknya, wanita berusia 64 tahun mengupah empat mafia dari Sicily untuk membunuh lelaki itu dan samseng terbabit menanamnya hidup-hidup dalam dinding sebuah vila di Senago, Monza.

Menurut polis, mangsa adalah rakyat Albania dikenali sebagai Lamaj Astrid, 41, yang hilang pada 2013.

Mayatnya hanya ditemui Januari lalu iaitu 6 tahun selepas kejadian dan menurut polis, mayat itu ditemui ketika villa berkenaan diubahsuai namun polis hanya mengumumkannya Jumaat lalu.


Menurut polis, Astrid dikenal pasti berdasarkan pakaiannya ketika ditanam dalam tembok berkenaan ketika masih hidup.


Siasatan mendapati wanita terbabit mahu membalas dendam terhadap lelaki itu kerana kecewa ditinggalkan lelaki itu yang turut mencuri barang kemasnya.

Guardian melaporkan, menurut akhbar La Repubblica, keempat-empat suspek ditahan polis di Sicily manakala wanita berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Genoa ketika cuba meninggalkan Itali selepas mengetahui mayat mangsa ditemui.


No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews