Monday, March 25, 2019

Air Di Selangor Cukup Semasa Musim Kemarau





SHAH ALAM: Bekalan air di semua empangan dan kolam takungan di Selangor mencukupi untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga bulan depan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bekalan air itu masih pada kadar 80 peratus dan dijangka cukup menampung permintaan selama tiga bulan.

“Seperti diumumkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (Dr Xavier Jayakumar), negeri ini tidak berdepan risiko catuan seperti beberapa negeri lain.

“Secara keseluruhannya, takungan di semua tujuh empangan negeri dalam keadaan baik dan mampu menampung keperluan Loji Pembersihan Air (LPA) dan permintaan semasa 4,800 juta liter sehari (JLH).


“Pelaksanaan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) dan Off-River Storage (ORS) juga membantu mengekalkan kapasiti air diperlukan jika berlaku kemarau panjang dalam tempoh sebulan dua ini,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

p/s : Jimat air... Walaupun air mencukupi di Selangor tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pembaziran air... Tiada air, manusia akan mati. 



No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews