Monday, June 17, 2019

Sajat Gagal Sediakan Dokumen Doktor Bahawa Dirinya Khunsa

Usahawan Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Nur Sajjad diminta meminta maaf atau akan disaman oleh Yusmiliati iaitu seorang pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)..

Sebelum ini, Sajat telah memberi sejumlah wang kepada Yusmiliati untuk membuat penukaran jantina. Namun Sajat gagal untuk menyerahkan dokumen pengesahan dari doktor yang mengatakan diri beliau adalah 'khunsa'...

Sajat membuat laporan polis mengatakan Yusmiliati menipu dan beliau direman di lokap selama beberapa hari.

Sajat diminta untuk membuat permohonan maaf secara bertulis atau video untuk membersihkan nama Yusmiliati.





















Sunday, June 2, 2019

Beraya Tanpa Mata Kanan

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang mengalami kecederaan mata parah berkemungkinan buta selepas terkena mercun di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan.

Dia yang memeriksa mercun yang tidak meletup pada awalnya namun telah meletup dan terkena mata kanannya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) dan pemeriksaan mendapati keadaannya serius dan hancur. Terdapat serpihan tin juga di kelopak mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

Beberapa keping gambar keadaan mangsa tular di laman sosial Facebook sejak semalam yang dimuat naik oleh seorang doktor yang merawatnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Kredit : hmetro

Friday, May 31, 2019

Lelaki Hentak Cermin Kereta Orang Kena Penjara


Vidoe tular yang melibatkan seorang lelaki bertindak menghntak cermin kereta dengan topi keledar sehingga retak terpaksa menyambut Aidilfitri di jel besi selepas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya,hari ini...

'Abang botak' adalah gelaran netizen di media sosial.
'Abang botak' dalam posiding hanya menundukkan kepala dan tersekat-sekat suaranya ketika disoal.

“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya... saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.

“Anak guam adalah pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun.

“Kesalahan dilakukan bukanlah sesuatu yang dirancang,” katanya.

sumber : hmetro

Follow Me On Twitter

Total Pageviews