Sunday, June 2, 2019

Beraya Tanpa Mata Kanan

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang mengalami kecederaan mata parah berkemungkinan buta selepas terkena mercun di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan.

Dia yang memeriksa mercun yang tidak meletup pada awalnya namun telah meletup dan terkena mata kanannya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) dan pemeriksaan mendapati keadaannya serius dan hancur. Terdapat serpihan tin juga di kelopak mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

Beberapa keping gambar keadaan mangsa tular di laman sosial Facebook sejak semalam yang dimuat naik oleh seorang doktor yang merawatnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Kredit : hmetro

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews