Sunday, May 26, 2019

Maut Kerana Tayar Pecah


PENUNGGANG motosikal maut selepas tayar motosikalnya pecah dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 106.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Sungai Petani, malam tadi.

Dalam kejadian 9.35 malam, mangsa dikenali sebagai Mohamad Yusoff Helmi Mohd Fauzi, 25, beralamat di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat tayar belakang motosikal terbabit pecah ketika kenderaan itu sedang bergerak.

"Mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha RD250 dari arah Alor Setar ke Butterworth.

Mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Kredit : hmetro





No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews