Tuesday, May 28, 2019

Gila Tampar Bayi Sehingga Maut

gambar hiasan- google

Padang Besar - Seorang bapa yang baru lepas bertengkar dengan isteri menampar bayinya.
Isterinya seorang warga Thailand berkata suaminya seorang pesakit mental enggan memakan ubat psikitrik.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu, pihaknya menahan bapa mangsa berusia 44 tahun bagi membantu siasatan.

“Ibu mangsa sempat menyusukan mangsa pada jam 4 pagi di rumah kenalannya sebelum kembali tidur. Dia kemudian mendapati bayi itu tidak bernafas beberapa jam selepas itu.

“Pasukan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pergi ke rumah terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mushar berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews