Sunday, March 3, 2019

Pemandu Grabcar wanita dicabul di Koi Prima, Puchong


Sila hati-hati wahai pemandu grabcar... Tak kira lelaki atau wanita... Baca berita di bawah :

Seorang pemandu Grabcar wanita berdepan detik mencemaskan apabila dicabul seorang penumpang lelaki bersenjatakan pisau di kawasan gelap berhampiran Kondominium KOI Prima, Taman Mas, Puchong, jam 5.36 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa mengambil seorang penumpang lelaki di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Katanya, ketika berada di satu kawasan gelap berhampiran kondominium berkenaan, suspek yang duduk di bahagian penumpang belakang mengacukan sebilah pisau pada pinggang kanan mangsa.
“Suspek menyuruh mangsa berdiam diri sebelum menekup mulut mangsa dan kemudian mengacu pisau pada bahagian leher.
“Selepas itu, suspek kemudian melompat dari tempat duduk belakang ke bahagian penumpang hadapan sebelum mencium muka serta meraba dada mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Azizan berkata, suspek kemudian cuba membuka seluar menyebabkan mangsa melawan dan lari keluar dari Proton Saga dipandu.
“Ketika itu terdapat sebuah teksi melalui laluan berkenaan dan suspek melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta tolong.
“Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Perdana jam 7.15 pagi tadi,” katanya.
Menurutnya, polis sedang memburu suspek yang berusia 20-an.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sumber : Harian metro


Gambar hiasan

<< DIA EJEK SAYA HITAM, SAYA ROGOL DAN BUNUH >>

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews