Thursday, March 7, 2019

Pelajar Kolej Vokasional Maut Dihempap Pokok Kelapa



Parit Buntar, 2 Mac - Seorang pelajar Kolej Vokasional maut di sini selepas dihempap sebatang pokok kelapa selepas menyelesaikan tugasannya di Bagan Serai.

Mangsa, Mohamad Ridzuan Abdul Rani, 18, yang melalui jalan pulang dari Pekan Kuala Kurau maut di tempat kejadian apabila sebatang pokok kelapa tiba-tiba tumbang mengenai kepalanya.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Mohd Azhar Azmuni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.04 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan lapan anggota dan dua buah kenderaan.

"Ambulans yang tiba membuat pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya sambil menambah mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews