Monday, March 4, 2019

Budak Berusia 7 Tahun Dikurung Selama 5 Hari Tanpa Makanan


Laporan : metro

Kangar - "makcik, saya lapaq"...

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dikurung oleh ibunya selama 5 hari di Taman Hijrah, Kangar.

Jiran-jiran yang mendengar tangisan kanak-kanak berkenaan memberikan makanan.

Makanan diberikan oleh jiran melalui tingkap rumah berkenaan.

Kata jiran, ibu nya sering dilihat keluar pada waktu malam bersama teman lelaki.


“Kami kasihan melihatnya, pada awalnya penduduk enggan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

“Tetapi simpati melihat keadaan kanak-kanak itu, mereka terpaksa melaporkannya demi keselamatan kanak-kanak itu,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, malam tadi, dipercayai dikurung ibunya sejak Rabu lalu di rumah di Taman Hijrah, di sini.

Susulan itu, polis menahan wanita berusia 31 tahun dipercayai ibu kanak-kanak terbabit di rumah berkenaan bagi membantu siasatan, pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews