Padah seorang wanita warga Thailand memuat naik gambar bogel kenalannya di Facebook bertujuan mengaibkan mangsa membawa malang apabila dia didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Sirirat Pichetwanich, 33, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.
Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Suri rumah yang sedang mengandung empat bulan itu kemudian membayar denda berkenaan sebaik prosiding tamat.
Kesalahan itu dilakukan di Kelab King Way, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, jam 2 pagi, 23 Ogos 2018.
Mengikut fakta kes, pada 23 Ogos tahun lalu jam 3 pagi, mangsa dihubungi oleh rakannya yang memaklumkan ada satu profil akaun Facebook atas nama ‘IamthebonusIamthebonusiamthebonus’ memuat naik gambar bogelnya di situ dengan tujuan mengaibkan mangsa.
No comments:
Post a Comment