Alhamdulillah...
Setiap manusia inginkan perubahan kepada yang lebih baik dalam hidup mereka...
Ingin ada rumah, ada kerjaya, ada kereta dan yang paling penting inginkan kebahagiaan dalam hidup bersama orang yang tersayang.
Seperti artis Azharina yang mempunyai suara gemersik juga mempunyai niat baik tersebut...
“Setiap orang mempunyai perubahan transisi dalam kehidupan begitu juga dengan saya. Saya memang menyimpan niat untuk menjadi ibu dan manusia yang lebih baik.
“Saya belum 100 peratus bertudung, cuma dalam proses belajar untuk bertudung. Saya tidak mahu melakukan perubahan terlalu drastik yang membuatkan saya menyesal kemudian hari.
“Biarlah perubahan itu berlaku secara perlahan-lahan,” ujarnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi itu berharap perubahannya akan mendapat sokongan peminat.
“Saya berharap tidak ada netizen yang tertawa kerana saya mahu belajar memakai tudung. Tolong doakan yang terbaik buat saya,” kata Azharina
<< POCONG TEPI SIMPANG >>
No comments:
Post a Comment