Thursday, February 21, 2019

Ancaman Penggodam








Pishing ni bukan sejenis pishang ya... Atau seangkatan dengannya...

Dalam bahasa Inggeris dipanggil ancaman keselamatan maklumat diri...


Ada 4 cara hangpa boleh lindungi diri :

1) Jangan beri maklumat peribadi kepada sesiapa pun

- Jangan la ramah mesra sangat ya hangpa sekalian... Dok pi bagi 'tau' nama, IC, alamat tempat tinggal hangpa dekat orang yang tak kenai tu buat apa? Cari nahas sungguh wey...



2) Curiga jika ada panggilan telefon

- Perasaan curiga ni kadang-kadang bagus untuk diri sendiri...Biaq depa kata kita perahsia... Sekurang-kurangnya kita selamat ya abang-abang. adik-adik sayang!




3) Jangan dedahkan kata laluan

- Yang ni selalu berlaku.... Jika ada makcik-makcik atau sesiapa yang minta kita tolong keluarkan duit, kita dengan penuh hormat minta mereka sendiri yang key in no pin/ password depa... Itu as our side lah... Jika berlaku pada diri kita yang rasanya belajaq pandai ni, pandai-pandai lah kita detect orang nak password kita untuk apa? Bak mai no pin akaun hang sat... Toksah pi bagi pulak kat sesapa... Hang dah kenapa? Kalau lupa pi saja institusi perbankan yang sah... Berlambak dok ada...




4) Sentiasa pantau akauan untuk sebarang aktiviti
- Hangpa tau dak whatasapp web? telegram web? Hat ni kunun-kunun hangpa nak check la pasangan hangpa dok mana kan... Lastly hangpa sendiri bocoq rahsia bila terlupa nak log out akaun tersebut... Mesti ada banyak conversation rahsia kita bersama orang-orang tersayang... Betoi dak? Lagi satu, email, facebook, instagram tu better hangpa letak no telefon hangpa dan security activity... Kalau ada orang lain buka laman sosial kita, pasti kita boleh detect... Jika bukan hangpa yang login, sila lah mengaku dan say NO dekat notification yang hangpa dapat tu...




Sekian, bebelan kak Min..

Jaga diri hangpa...

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews