Tuesday, January 8, 2019

Ayam Goreng Berempah



Bahan-Bahan:


1 ekor ayam
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
garam secukup rasa
5 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk kisar halus:
6 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 inci halia


Cara Penyediaan:


Bersihkan ayam dan toskan.
Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.


Tips:


Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews