Monday, January 7, 2019
Lebah Buat Sarang di KLIA 2
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Mungkin disebabkan seringkali 'dilawati' oleh serangga dan haiwan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melontarkan persoalan sama ada KLIA2 sebenarnya merupakan sebuah zoo.
Persoalan itu dilontar oleh Tony selepas sekumpulan lebah dikesan membuat sarang di lapangan terbang tersebut hari ini. Menurut Tony, sebelum ini ulat dan tikut turut dilihat di KLIA2.
Tegas Tony kehadiran lebah dan haiwan lain di KLIA2 boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang dan kakitangan.
"Mungkin zoo atau KLIA 2 Honey. Ini boleh menjadi pendapatan baru yang dapat mengurangkan cukai lapangan terbang.
"Ini bukan bahan lawak. Ini berbahaya kepada penumpang dan kakitangan saya. Adakah CEO baru yang 'tidak berkomunikasi' boleh menyelesaikannya?" tanya Tony dalam Twitternya.-UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment