Monday, January 7, 2019

Bekas calon AJK AMK maut ditetak




SHAH ALAM 8 Jan. - Seorang operator kilang maut selepas ditetak dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, petang semalam.


Dalam kejadian jam kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, M. Thiyahu, 30, yang juga merupakan bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditetak di muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kakinya.





Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.16 petang mengatakan mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.

"Setelah menerima maklumat, kami terus bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengesan suspek. Setibanya di lokasi, mangsa ditemukan cedera parah di beberapa bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang di wad kecemasan zon merah," katanya dalam satu kenyataan.





Tambah Baharudin, pihaknya kini sedang menyiasat motif kejadian dan mengesan kesemua suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat
diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden, K. Vignesh Kumar di talian 03-55202222 atau mana-mana balai bolis berhampiran," ujarnya.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews