Friday, March 1, 2019

Kantoi semasa Proses Air Ketum





Foto Ihsan AADK


“Semasa serbuan dilakukan, semua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu sedang membungkus air ketum berkenaan untuk dijual.

“Pemeriksaan menemui 102 bungkus air ketum (7,650 liter) dan daun ketum seberat 41.5 kilogram di dalam rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Hanizar Tengku Awang berkata, tindakan berdasarkan maklumat orang awam berhubung kegiatan penagihan dadah di lokasi terbabit.

Tengku Hanizar berkata, soal siasat ke atas suspek mendapati mereka menjalankan kegiatan itu sejak lebih tiga bulan lalu.

“Bekalan daun ketum diperoleh dari Lenggong, Perak dan air ketum yang diproses di rumah sewa berkenaan dijual dengan harga RM10 setiap satu.

“Difahamkan mereka memperoleh keuntungan antara RM300 hingga RM400 setiap hari hasil kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap semua suspek mendapati seorang daripada mereka yang berusia 22 tahun positif dadah jenis methaphetamine.


“AADK berterima kasih pada individu yang tampil membuat aduan yang membawa kepada penemuan tempat pemprosesan daun ketum itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan seumpama ini diminta menghubungi talian hotline AADK iaitu 03 89112233 untuk membanteras segala aktiviti berkaitan dadah.

Keterangan gambar:

1. ANTARA bungkusan air ketum yang ditahan dalam operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa AADK Cawangan Brickfields di sebuah rumah sewa di Sri Petaling, Kuala Lumpur, malam tadi.

2. ANTARA suspek yang ditahan dalam operasi itu.

3. PERIUK mengandungi daun ketum yang dimasak di dalam rumah sewa berkenaan.

4. BEKALAN ketum yang dipercayai diperolehi dari Lenggong, Perak.

nota kaki : Jauhi ketum

sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Follow Me On Twitter

Total Pageviews