Wednesday, February 13, 2019
Jaga jaga dengan kesalahan Utama Jalan Raya
Assalamualaikum wbt...
Ada 6 saman polis tak akan berkompromi atau teragak-agak untuk memberi saman kepada pesalah jalanraya...
1. Memandu di Lorong Kecemasan
- Jangan ingat nak cepat jer boh... Orang lain pun nak cepat... Polis nampak je kau guna laluan kecemasan ni, sila lah sedia untuk menerima saman ye... Laluan kecemasan ni untuk digunakan hal kecemasan sahaja ye... Polis, bomba, ambulan akan gunakan laluan ini jika berlaku kecemasan... Kita yang sihat walafiat jangan nak memandai-mandai pulak... (dengan nada emo, tiberrrr)
2. Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
- Papan tanda tulis 120km/j tapi kau pandu 200km/j... Siap laaa kau...
3. Memotong Di Garisan Berkembar
- Kau potong double line! Dah kenapa... Bahaya potong double line ni sebab kita tak nampak kenderaan di hadapan... Time tu kalau malang tak berbau, ke hospital atau ke 'batu 2' jawabnya...
4. Tidak mematuhi Lampu Isyarat
- Yang ni memang sering terjadi... Refer to number 3... Kau laju, dia pun laju... Kedegang laa...
5. Memotong Barisan
- Dekat sekolah pun cikgu ajar sila beratur... Nak ambik makanan kat kantin ke,di perhimpunan ke... Kena beratur beb... Hormat orang yang beratur lama tu... Kau pula gi mencelah, jangan sampai dia bagi middle finger...oppssss...
6. Guna Telefon Bimbit
- Ni memang hari-hari terjadi kepada semua orang... Boleh tengok phone tapi jangan sampai tengah bawak kete pun kau nak tengok phone... Mana satu kau nak fokus beb?
p/s : Hati-hati lah di jalan raya ya... Ingatlah orang tersayang... Muahhh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment