Antara tip menarik yang boleh dipraktikkan juga ialah merias bahagian kening terlebih dulu selepas menyapu pelembap untuk membiarkan pelembap meresap ke wajah yang akan disolek.
Bahagian kening juga perlu diberi perhatian kerana pemilihan pensil kening dengan rona yang salah mengikut warna kulit memberi efek wajah yang kelihatan garang.
“Contohnya, untuk kulit sawo matang, pastikan pilih warna coklat gelap berbanding hitam agar tidak nampak garang.
“Selain itu, pada bahagian wajah yang berton lebih gelap atau lebam seperti di bawah mata, tepi bibir dan hidung atau sebarang cela boleh dibetulkan menggunakan krim pembetul warna kulit (corrector) berwarna oren.
“Untuk menutup jerawat atau merah pada kulit pula gunakan krim pembetul warna kulit berwarna hijau supaya kulit tampak sekata dan sempurna. Penggunaan warna yang betul penting untuk menyeimbangkan warna selepas mengadun penyamar noda,” katanya.
Menurutnya, bedak tabur juga digunakan di bawah mata sebelum memakai pembayang mata agar sisa serbuk pembayang mata yang jatuh tidak mencomotkan solekan.
Antara tip menarik yang boleh dipraktikkan iaitu meletakkan penyerlah di sekitar batang hidung, dagu dan tulang kening.
Teknik pembayang juga penting untuk menyerlahkan bentuk muka. Lakukan dengan gerakan menaik pada bahagian pipi untuk menonjolkannya. Ratakan semula bedak tabur dan satukan di bahagian yang diletakkan penyerlah.
Pertanyaan lanjut mengenai teknik solekan menerusi Instagram norisnah_ish. Norisnah menunjukkan langkah solekan santai untuk wanita muda dan remaja.
LANGKAH

1. KEMASKAN kening dengan pensel kening.

2. SAPU dan ratakan penyamar noda krim untuk menutup lebihan bulu kening.

3. SAPU krim pembetul warna kulit pada bahagian wajah lebih gelap. Adun bersama penyamar noda.

4. RATAKAN bedak asas di sekitar wajah.

5. SERLAHKAN bentuk wajah dengan teknik kontur di tulang pipi, rahang, hidung dan dahi sebelum diratakan.

6. SAPU bedak tabur di bawah mata sebelum menyapu pembayang mata. Buang kesan bedak tabur dengan menggunakan berus.

7. KEMASAN terakhir dengan pemerah pipi merah jambu dan penyerlah untuk serlahkan bentuk muka.

8. OLES gincu dan terakhir gunakan penyembur di seluruh wajah untuk ‘mengunci’ solekan.
No comments:
Post a Comment