Wednesday, January 2, 2019
'Awat hang pakai kasut polis?'
Beliau berkata, semasa operasi terbabit, terdapat kereta Proton Saga berwarna perak berpatah balik ke arah lampu isyarat berdekatan restoran di jalan berkenaan.
“Mengesyaki sesuatu, polis mengekori kereta terbabit dan berjaya menahan kenderaan dipandu lelaki berusia 30 tahun itu tidak lama kemudian.
“Pemeriksaan di dalam kereta menemui sehelai baju seragam polis dengan tujuh butang besi, rantai serta wisel tanpa tanda nama di atas tempat duduk belakang.
“Pemeriksaan lanjut di tempat duduk belakang menemui sepucuk pistol di dalam beg hitam yang menyerupai pistol sebenar sebelum pemandu terbabit mengakui baju dan pistol tiruan itu miliknya.
“Malah, pemandu terbabit turut memakai kasut polis dan ketika ditanya mereka hanya mengaku keluar minum dan ronda-ronda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Rozi berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit yang bekerja sendiri serta mengusahakan sawah ditahan untuk tindakan lanjut.
Katanya, ujian saringan air kencing turut mendapati semua mereka positif dadah jenis methamphetamine.
“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda.
“Selain itu, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi sama, seorang tukang rumah berusia 54 tahun turut ditahan selepas menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment